fbpx

Wanita terkejut pengemis tonyoh kepala kerana tidak hulur wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang wanita ditonyoh pada kepala kerana tidak beri wang kepada pengemis. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang pengemis menonyoh kepala seorang wanita kerana dia tidak menghulurkan wang, lapor laman berita Suara.com. 

Video tersebut dimuat naik dalam akaun Tiktok @rzvlyt.

Rakaman itu memaparkan dua wanita sedang makan di sebuah restoran. Tiba-tiba, seorang pengemis bertudung putih datang menghampiri mereka. 

Wanita bertudung kuning gelap itu kemudian menundukkan kepala tanda tidak dapat menghulurkan wang. 

Pengemis itu kemudian dilihat menonyoh kepala wanita tersebut sebelum beredar dari restoran berkenaan. 

Pengunjung-pengunjung lain dilihat ketawa melihat kepala wanita itu ditonyoh apabila tidak memberi wang.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Padahal kakak tu sudah menolak dengan sopan,” tulis seorang netizen.

“Nak marah tapi orang tua, jadi kakak tu hanya boleh terkejut,” komen netizen kain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI