fbpx

Suhu di Arab Saudi diramal cecah 50 darjah Celsius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG buruh bekerja di sebuah tapak pembinaan di Riyadh semasa gelombang haba pada 23 Mei lalu. - AFP

RIYADH – Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) memberi amaran bahawa Arab Saudi bakal berdepan dengan fenomena gelombang haba bermula semalam yang akan berterusan sehingga Rabu ini, lapor akhbar Saudi Gazette, kelmarin.

NCM meramalkan bahawa gelombang haba yang berlaku di beberapa wilayah negara itu akan merekodkan suhu sehingga 50 darjah Celsius. 

Agensi itu turut menjangkakan bahawa suhu maksimum di kebanyakan kawasan di Wilayah Timur (Al-Sharqiya) dan bahagian antara Madinah dan Yanbu masing-masing akan merekodkan bacaan 47 dan 50 darjah Celsius.

Di bahagian timur wilayah Riyadh, Al-Qassim dan sempadan utara pula diramal mencatat suhu antara 45 hingga 47 darjah Celsius.

Susulan perkembangan tersebut, NCM menyeru orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga selain meminta mereka mematuhi arahan pihak berkuasa demi memastikan keselamatan terpelihara.

Sebelum ini, Kementerian Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial mula mengenakan larangan bekerja di bawah matahari bermula pukul 12 tengah hari hingga 3 petang untuk tempoh selama tiga bulan berkuat kuasa mulai 15 Jun lalu.

Larangan yang akan melibatkan semua syarikat dan pertubuhan sektor swasta itu bakal berterusan sehingga 15 September depan.

Bercakap kepada Saudi Gazette, jurucakap kementerian tersebut, Saal Al-Hammad berkata, bayaran denda berjumlah 3,000 riyal (RM3,520) akan dikenakan terhadap majikan sekiranya melanggar peraturan berkenaan untuk setiap pekerja. 

“Jumlah denda itu akan berlipat kali ganda sekiranya ramai pekerja yang terlibat dalam pelanggaran larangan bekerja pada tengah hari,” kata beliau. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI