fbpx

Mahu sentuhan wanita, Taylor Swift mahu jadi pengarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAYLOR SWIFT

SELEBRITI terkenal Taylor Swift mengakui kerjayanya dalam bidang muzik sebagai penyanyi masih belum cukup untuk memuaskan hatinya berada dalam industri seni hiburan.

Menerusi temu bual bersama The Hollywood Reporter, Swift secara terang-terangan mengakui mahu mengembangkan kerjayanya menjadi seorang pengarah suatu hari nanti.

Ujar penyanyi berusia 33 tahun itu, dia selalu berangan dan bercita-cita untuk menjadi pengarah bagi menghasilkan video muziknya sendiri.

“Saya berminat untuk menjadi pengarah selepas terpaksa mengarahkan sendiri video muzik saya berjudul The Man. Pengarah wanita yang saya mahukan ketika itu sangat sibuk sehingga saya terpaksa mengambil alih tugasnya.

“Saya lebih suka jika video muzik saya diarahkan oleh seorang pengarah wanita, namun kebanyakan mereka terlalu sibuk,” jelasnya.

Disebabkan masalah tersebut, Swift memasang cita-cita tersebut selepas berjaya menghasilkan sendiri video muzik pertama arahannya iaitu The Man dengan baik.

“Ternyata saya juga mempunyai bakat dan idea untuk menjadi pengarah,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI