fbpx

Aksi pelajar teruja dapat 6A cuit hati netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video berkenaan yang kini tular di media sosial.

PETALING JAYA – Keterujaan seorang remaja ketika menaiki pentas untuk mengambil keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) baru-baru ini mencuit hati orang ramai.

Menerusi video berdurasi 52 saat yang kini tular di beberapa platfrom media sosial, remaja berkenaan dilihat agak kelam-kabut menaiki pentas selepas diumumkan memperoleh enam A.

Sebaik sahaja menaiki pentas, kelihatan remaja tersebut mencium tangan gurunya beberapa kali sehingga guru-guru dan rakan-rakannya yang berada di situ tertawa kecil melihat gelagat remaja berkenaan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur dengan reaksi remaja terbabit selain turut mengucapkan tahniah atas pencapaiannya.

“Sepuluh kali ulang tengok video ini, masih tergelak. Nampak betul dia gembira, tahniah adik tumpang gembira juga,” kata Nor Shana.

“Gembira campur sebak tengok video ini, mesti dia pun tak sangka dapat keputusan itu. Agaknya belajar bersungguh-sungguh adik ini sampai tak tentu arah dibuatnya,” ujar Amir pula.

“Semoga maju jaya adik, belajar pandai-pandai dan cari kerja bagus-bagus. Tahniah dapat 6A,” kata Jeff.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 33,000 kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI