fbpx

Agong masuk hospital akibat sakit kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al- Sultan Abdullah.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini berada dalam keadaan gering di bahagian kaki dan sedang menjalani pemeriksaan serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital di sini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin melalui satu kenyataan hari ini.

“Walau bagaimanapun, kesihatan Seri Paduka Baginda secara amnya adalah dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.

“Sehubungan itu, program yang telah dijadualkan berlangsung pada hari ini dan juga semua program-program yang terdekat yang melibatkan keberangkatan Seri Paduka Baginda telah ditangguhkan ke tarikh-tarikh yang akan diumumkan kelak,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu katanya, Seri Paduka Baginda dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan.

“Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI