fbpx

Pak Nil bakal latih usahawan RichWorks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aznil Nawawi

SHAH ALAM – RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) melantik Datuk Aznil Nawawi, atau mesra disapa sebagai Pak Nil sebagai rakan latihan untuk program Pesona Leadership akan datang.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd., usahasama tersebut akan memfokuskan kepada aspek komunikasi, kejelasan dan keyakinan yang diperlukan pemimpin sesebuah organisasi.

Katanya, syarikat melihat keupayaan Pak Nil dalam pengacaraan beliau dan skil komunikasi yang membuatkan orang tertarik untuk mendengar apa yang diperkatakan.

“Inisiatif ini dibuat apabila Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman melihat kekuatan dan kelebihan yang ada pada Pak Nil dalam memperkasakan lagi bangsa usahawan.

“Kami nak tambah nilai buat usahawan jutawan RichWorks agar mereka ada keyakinan dan pesona yang dapat menarik orang mendengar dari peringkat bawah hingga ke atas,” katanya ketika dihubungi semalam.

Terdahulu, Pak Nil mewakili Yayasan Pesona menerima watikah perlantikan pada Inner Circle Meeting Titanium Premier di The Datai, Langkawi baru-baru ini.

Dalam pada itu, Aznil memberitahu, RichWorks dilihat sebagai satu platform untuk beliau menyumbang kemahiran yang dimiliki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI