fbpx
FIZI dinasihatkan mengikut cara Sharnaaz dan Erra dalam menjaga kisah peribadi serta aib bekas pasangan.

Fizi Ali dinasihat tiru cara Sharnaaz, Erra Fazira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEBERAPA hari lalu, kecoh dalam media sosial apabila Fizi Ali mengeluarkan kenyataan berbaur amarah dan seperti melepaskan geram terhadap seorang wanita. Dipercayai bekas isterinya, Shakilla Khoriri.

Tindakan Fizi kurang disenangi ramai kerana perkara peribadi sebegitu tidak sepatutnya dimuat naik dalam media sosial seterusnya dikongsi kepada umum.

Walaupun ramai bersimpati dengan luahan Fizi, dia dinasihatkan untuk menjaga aib sendiri dan keluarga serta tidak perlu terlalu terbuka berkongsi hal dalam kain dengan orang ramai.

Tidak kurang juga ada yang menasihatkannya agar mengikut cara Sharnaaz Ahmad dan Erra Fazira yang tidak pernah memburukkan bekas pasangan mereka dalam media sosial.

“Belajarlah seperti cara Sharnaaz. Tak pernah burukkan bekas isteri selepas bercerai,” komen netizen.

“Bergaduh dalam media sosial tak dapat selesaikan apa-apa. Contohilah Erra, masing-masing menutup cerita dan tidak membuka aib,” kata seorang lagi pengguna TikTok.

Bagi Diva, setiap masalah ada jalan penyelesaian. Jangan terlalu berkongsi kisah peribadi dalam media sosial, risau perkara positif menjadi negatif pula.

DIVA: Suka lihat hubungan baik Sharnaaz dengan Nabila. Jebat Jayden juga semakin petah bercakap.

POPULAR