fbpx

Cadangan lupus kenderaan berusia 10 tahun tidak sesuai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

JOHOR BAHRU – Cadangan untuk melupuskan kenderaan yang melepasi had usia lebih 10 tahun bagi menyelesaikan isu kesesakan lalu lintas masih tidak sesuai dilaksanakan di negara kita.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, cadangan tersebut perlu diteliti secara holistik dan membuat kajian terperinci dari pelbagai sudut dengan mengambil kira pelbagai aspek.

“Pandangan dan idea dari pelbagai pihak termasuk pakar sentiasa didengari kerajaan. Namun langkah untuk melupuskan kenderaan yang melepasi had usia lebih 10 tahun masih tidak sesuai dilaksanakan di negara kita.

“Jaringan pengangkutan sempurna diperlukan di seluruh negara termasuk di kampung-kampung, namun ketika ini pun jaringan lengkap projek Transit Aliran Massa (MRT) di Lembah Klang masih belum siap dibina,” katanya selepas pelepasan perkhidmatan tren Shuttle Tebrau di JB Sentral, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, setakat ini terdapat lebih 34 juta kenderaan berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) namun hanya 22 juta sahaja yang aktif membayar cukai jalan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI