fbpx

Russia hadkan bekalan gas ke Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman pemandangan di terminal saluran paip gas Nordstream sedia ada di Lubmin, Jerman pada 2011. - AFP

MOSCOW – Ketua Pegawai Eksekutif Gazprom, Alexei Miller menegaskan bahawa semua negara yang berurusan dengan syarikat gas milik kerajaan Russia itu perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan, lapor Badan Pe­nyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Miller berkata, selaku syarikat yang membekalkan produk kepada pelanggan, pihaknya berhak menentukan syarat dalam urusan jual beli.

Perkara tersebut dinyatakan selepas Gazprom yang merupakan syarikat gas terbesar Russia, mengumumkan akan mengurangkan separuh daripada kuantiti bekalan biasa kepada Jerman.

Menteri Ekonomi Jerman, Robert Habeck menuduh tindakan Gazprom itu adalah percubaan untuk meningkatkan harga gas dengan cara mengurangkan bekalan secara mendadak.

Namun, Gazprom menafikan perkara tersebut dan berkata, pengurangan itu berlaku dise­babkan masalah kelewatan pemulangan peralatan yang diselenggara oleh firma milik Jerman, Siemens Energy di Kanada.

Itali dan Austria juga melaporkan kejatuhan besar dalam bekalan gas Russia, namun Kremlin berkata, hal tersebut bukan di­sengajakan.

Gazprom mengehadkan jumlah bekalan gas kepada Jerman menjadi kurang daripada 70 juta meter padu sehari atau separuh daripada kadar semasa.

“Produk kami, peraturan kami. Kami tidak bermain mengikut peraturan yang ditetapkan oleh orang luar,” kata Miller semasa perbincangan mengenai isu tersebut di Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg.

Beliau berkata, pembatasan terpaksa dibuat kerana tiada jalan penyelesaian sesuai untuk menangani isu peralatan di ste­sen pemampat Portovaya iaitu sebahagian daripada saluran paip Nord Stream 1 yang me­nyalurkan gas Russia ke Jerman.

Miller sebaliknya menyalahkan sekatan Barat ke atas Russia kerana menghalang pemulangan peralatan, dakwaan yang ditolak oleh Berlin dan dianggap sebagai tidak berasas.

Sementara itu, syarikat gas utama Itali, Eni menyatakan bahawa pihaknya akan meneri­ma hanya 65 peratus daripada permintaan sebenar daripada Gazprom disebabkan masalah di Portovaya. 

Negara seperti Itali dan Jerman sangat bergantung kepada bekalan gas dari Russia yang me­rangkumi 40 peratus daripada importnya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI