fbpx

Adibah Noor meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adibah Noor.

PETALING JAYA – Penyanyi popular Adibah Noor, 52, dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Khabar duka dan mengejutkan tersebut disahkan oleh rakan artis, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal dalam satu hantaran Instagram miliknya.

“Allahuakhbar terkejut dengar berita ini, sahabat kita yang versatile Adibah Noor baru sahaja meninggal dunia,” tulisnya ringkas.

Difahamkan, Allahyarhamah yang terkenal menerusi lagu Terlalu Istimewa itu telah lama menghidapi kanser ovari.

Terdahulu, Allahyarhamah yang juga bekas peserta Gegar Vaganza musim kelapan itu mengejutkan ramai dengan perubahan imejnya yang semakin kurus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI