fbpx
Gambar hiasan.

Pembatalan tayangan Lightyear adalah keputusan pengedar filem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Lembaga Penapis Filem (LPF), Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan bahawa filem animasi ‘Lightyear’ sudah diluluskan untuk tayangan dengan arahan pengubahan yang sewajarnya.

Namun, filem itu dibatalkan tayangannya di negara ini atas keputusan oleh pihak pengedar filem tersebut iaitu The Walt Disney Company (Malaysia) Sdn. Bhd.

LPF menerusi kenyataan akhbar berkata, pihaknya telah menonton tapis filem ‘Lightyear’ itu dan telah memberikan keputusan Lulus Dengan Pengubahan (LDP) berserta klasifikasi P13 pada 30 Mei lalu.

“LPF mengarahkan supaya dibuat pengubahan bagi adegan dan disenyapkan dialog yang didapati mengandungi elemen mempromosi gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Malah, ia sekali gus telah melanggar aspek-aspek utama di dalam Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri 2010.

“Walau bagaimanapun, pihak pengedar filem tidak bersetuju untuk mematuhi arahan berkenaan dan membatalkan tayangan itu di negara ini,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Katanya, LPF akan terus komited melaksanakan tanggungjawab penapisan filem dan bahan publisiti filem yang ditayangkan atau dipamerkan untuk tontonan masyarakat umum di Malaysia.

Jelasnya lagi, LPF juga tidak akan berkompromi dengan kandungan filem yang mempromosi atau cuba menormalisasi unsur-unsur LGBT yang bertentangan dengan dasar negara yang tidak mengiktiraf gaya hidup LGBT.

Menurut LPF, pelbagai aspek dipertimbangkan sebelum meluluskan kandungan filem atau bahan publisiti filem termasuk keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosiobudaya dan ketertiban serta ketatasusilaan.

“Tapisan yang dilakukan itu berdasarkan kepada peruntukan Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] dan Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri 2010,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI