fbpx

Lelaki teguk Pepsi 30 tin sehari selama 20 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki ini nekad memohon bantuan pakar hipnosis bagi menghentikan tabiat minum Pepsi selepas berat badannya mencecah 120kg dan hampir diabetik. - SWNS

LONDON – Seorang lelaki di Britain akhirnya menghentikan tabiat meminum  30 tin minuman bekarbonat Pepsi sehari selepas mendapat bantuan pakar hipnosis, lapor akhbar Daily Star UK, semalam.

Andy Curie, 41, berkata bahawa dia ketagih minum air Pepsi sejak 20 tahun lalu dan telah membeli sekitar 219,000 tin sepanjang tempoh itu.

Curie juga berbelanja sehingga AS$8,615 (RM37,918) setahun bagi mendapatkan bekalan Pepsi dan menelan hampir 8,000 kilogram (kg) gula disebabkan minuman tersebut.

“Saya sangat menggemari rasa Pepsi sejuk sehingga menjadi ketagih. Pekerjaan saya yang melibatkan syif malam membuatkan saya sentiasa memerlukan pengambilan gula.

“Ketagihan ini memberi kesan ketara pada kewangan saya. Saya boleh membeli sebuah kereta jika ditukar dengan wang yang saya habiskan untuk membeli Pepsi,” katanya.

Bagaimanapun, selepas berat badannya bertambah sehingga mencecah 120kg dan diberi amaran oleh doktor bahawa dia di ambang  diabetes, Curie nekad mencari bantuan  bagi menghilangkan ketagihan pada Pepsi.

Lelaki itu menghubungi ahli terapi dan pakar hipnotis  berpangkalan di London, David Kilmurry yang berjaya menyembuhkannya dengan hanya satu sesi hipnoterapi secara online.

“David menjalankan sesi secara online dan memukau  saya selama kira-kira 40 minit.

“Saya tidak tahu apa yang dia katakan tetapi selepas itu saya tidak mahu meminum Pepsi lagi,” jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI