fbpx

Arab Saudi lubuk jutawan Asia Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Terdapat 224,000 jutawan yang menetap di Arab Saudi menurut bilangan terkini. - Trip Advisor

RIYADH – Sebuah laporan mendedahkan bahawa Arab Saudi mempunyai bilangan orang kaya terbesar di rantau Asia Barat dengan lebih 224,000 jutawan menetap di sana, lapor laman berita Gulf News.

Menurut Laporan Kekayaan Dunia 2022 yang dikeluarkan Institut Penyelidikan Capgemini, Arab Saudi berada di tangga ke-17 dunia dalam jumlah jutawan.

Terdapat peningkatan 6.7 peratus dalam bilangan jutawan di Arab Saudi pada 2021 berbanding  j2020 iaitu daripada 210,000 orang kepada 224,000 orang.

Mengikuti rapat di belakang adalah Kuwait  yang menyaksikan peningkatan 6.1 peratus dalam bilangan jutawan daripada 205,000 kepada 217,000.

Kuwait berada di tangga ke-18 dunia selepas Arab Saudi.

Pada 2021, kedudukan empat teratas masing-masing  kekal milik Amerika Syarikat (AS), Jepun, Jerman dan China. – Agensi  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI