logo PDRM
Gambar hiasan.

220 orang peguam berhimpun disiasat Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seramai 220 orang terdiri daripada ahli majlis peguam (Bar Council) telah menghadiri perhimpunan ‘Walk For Judicial Independence’ disyaki untuk mempertahankan kebebasan kehakiman di Padang Merbok, Kuala Lumpur di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, peserta perhimpunan dikesan berkumpul pada pukul 9.00 pagi hingga 11.22 pagi di tempat letak kereta Padang Merbok.

“Polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 15 (3) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Kesemua individu yang terlibat di dalam perhimpunan tersebut akan dipanggil polis untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya telah mengenal pasti beberapa individu yang terlibat dalam perhimpunan terbabit.

Beliau turut menasihatkan agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggari undang-undang dan tindakan tegas akan diambil di bawah peruntukan undang-undang yang masih berkuat kuasa.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN