fbpx

Sultan Johor berkenan Tunku Ismail terus terajui JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim berkenan merasmikan pembukaan Persidangan DUN Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, di sini hari ini.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan agar Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terus menerajui skuad bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara itu diumumkan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr. Abdul Rahim Ramli dalam satu kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook rasmi Sultan Johor, hari ini.

“Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah bertitah pada hari ini 16 Jun 2022 berkenan supaya Pemangku Raja, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terus menerajui dan mengendalikan pasukan bolasepak JDT bagi memartabatkan sukan bola sepak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” jelasnya dalam kenyataan itu.

Terdahulu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melantik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku Pemangku Raja Johor mulai hari ini.

Baginda bertitah demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, hari ini.

Pada 9 Jun lalu, Tunku Ismail bertitah bahawa baginda bakal berundur daripada mengendalikan pengurusan skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) disebabkan baginda mempunyai tanggungjawab dan komitmen lain. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI