fbpx

Kerajaan akan pertimbang imbuhan kepada Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mempertimbangkan imbuhan kepada pasukan Harimau Malaya selepas berjaya membawa Malaysia layak ke Piala Asia 2023.

Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun keputusan tersebut bergantung kepada hasil perbincangannya bersama Menteri Belia dan Sukan serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Saya akan bincang dengan Menteri Belia dan Sukan serta FAM, jadi kita tak tahulah adakah imbuhan akan diberi.

“Kalau ada imbuhan adakah imbuhan akan ia akan diberi terus kepada pemain atau FAM,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kampung Batu semalam.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, Presiden FAM ada memberitahunya bahawa mereka perlu mengadakan perlawanan persahabatan di luar negara lebih banyak sebelum Piala Asia bermula.

“Jadi bila kita jadi ‘top 4’ Asian ini, jika kita bermain pasukan yang lebih rendah kualitinya pada Malaysia ia tidak membawa erti kepada pasukan negara.

“Pastinya selepas ini kita akan bermain perlawanan-perlawanan persahabatan yang lebih kuat di luar negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI