fbpx

100 syarikat disasar menyertai Program Pecutan Berasaskan Biologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald (dua dari kiri) melawat ruang pameran ketika menghadiri Majlis Pelancaran Program Bio-based Accelerator (BBA) di Hotel Marriot, Putrajaya hari ini. - FOTO: FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Walaupun baru sahaja dilancarkan pada awal tahun ini, sebanyak 49 buah syarikat telah pun mendapat status Program Pecutan Berasaskan Biologi (BBA) di seluruh negara.

Perkembangan baik itu mendorong Bioeconomy Development Corporation Malaysia Sdn. Bhd. optimis menyasarkan mampu mencapai keseluruhan 100 buah syarikat menyertai program ini.

Angka berkenaan dianggap realistik dalam usaha agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan itu bagi menyokong misi agenda Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2021-2030.

Setakat ini, menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Khairul Fidzal Abdul Razak, kesemua syarikat terlibat mengunjurkan nilai pelaburan RM737 juta dengan 2,000 peluang pekerjaan.

“Sasaran ditetapkan dalam tempoh tiga tahun namun jika baki 51 buah syarikat menyertai BBA kelak, nilai pelaburan keseluruhan dijangka cecah RM2 bilion menjelang akhir 2025,” katanya selepas menyaksikan Majlis Pelancaran Program BBA secara rasmi oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI