fbpx
Abd. Jalil

Wanita Vietnam paling ramai kena cekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berjaya menahan seramai 617 wanita pelayan pelanggan (GRO) di negara ini dalam tempoh lima bulan sejak Januari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, dalam tempoh berkenaan, wanita GRO warga Vietnam merekodkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu seramai 225 orang.

“Jumlah tangkapan kedua tertinggi yang direkodkan merupakan GRO warga Thailand iaitu 142 orang, manakala ketiga dan keempat pula adalah GRO warga China (65 orang) dan Indonesia (62 orang).

“Selain itu, JSJ turut menahan GRO warga Bangladesh (10 orang), Filipina (28 orang), Myammar (25 orang), India (22 orang) dan Laos (9 orang),” ujarnya kepada Kosmo! baru-baru ini.

POLIS sentiasa melakukan pemeriksaan di premis-premis hiburan bagi membendung sebarang aktiviti persundalan.

Jelas beliau, berdasarkan hasil risikan, pihaknya mendapati GRO dari China mendapat permintaan paling tinggi dalam kalangan pelanggan ekoran pelbagai faktor antaranya bahasa dan juga persekitaran.

“Polis akan sentiasa melakukan risikan dan pemantauan oleh Pasukan Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), JSJ bagi membanteras kegiatan tidak bermoral ini daripada terus berlaku,” tegasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN