fbpx

Kebenaran import lembu, kerbau Thailand boleh ditarik semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEMBU dan kerbau dibawa dari Thailand setakat ini bebas daripada sebarang penyakit. - Foto ihsan JPV

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) boleh bila-bila masa bertindak menarik balik kebenaran pengimportan lembu dan kerbau Thailand sekiranya wabak meletus semula.

Peringatan tersebut antara kenyataan dalam protokol baharu mengenai urusan pengimportan haiwan ruminan itu dari negara jiran berkenaan terutama disembelih bagi Hari Raya Aidiladha.

“Penggantungan ini boleh berkuat kuasa sama ada secara tempoh sementara atau kekal jika penularan wabak atau disyaki jangkitan penyakit tertentu muncul balik di Thailand,” katanya.

Pindaan protokol untuk versi baharu itu diterbitkan semalam menerusi laman sesawang rasmi JPV selepas agensi tersebut memansuhkan larangan import berkenaan pada 15 Mac lepas.

Kelonggaran itu membolehkan umat Islam di Malaysia ada pilihan ruminan dari Thailand bagi aktiviti ibadah korban bulan depan setelah JPV menggantung import itu pada 7 Jun 2021 lalu.

Ia susulan risiko penularan penyakit kental kulit (LSD) serta penyakit kuku dan mulut (FMD) yang berlaku sepanjang tahun lepas dengan melibatkan sejumlah 41 wilayah di negara itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI