fbpx

Air sungai melimpah di Jalan Gua Musang-Lojing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jalan di Kilometer 40, Jalan Gua Musang-Lojing, berhampiran Pos Blau, Gua Musang selepas air sungai yang melimpah surut kira-kira pukul 11 pagi tadi. FOTO IHSAN ROADCARE

GUA MUSANG – Laluan di Kilometer 40, Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Pos Blau di sini ditutup selama dua jam kepada semua kenderaan di kedua-dua arah akibat air sungai melimpah pagi tadi.

Laluan itu ditutup pada pukul 9 pagi sehingga menyebabkan puluhan kenderaan yang dalam perjalanan ke Cameron Highlands, Pahang atau ke bandar Gua Musang di sini.

Pengurus Seksyen Roadcare Gua Musang, Nik Mohd. Fahrizal Nik Mohd. Fadzil Berkata, air sungai melimpah ke jalan setinggi 1.25 meter dan ketinggian itu tidak selamat untuk dilalui oleh semua kenderaan.

“Air yang melimpah surut kepada 0.5 meter kira-kira pukul 11 pagi tadi dan jalan sudah mula dibuka kepada semua kenderaan.

“Kami telah memasang papan tanda di tempat kejadian yang membabitkan panjang kawasan air melimpah dengan jarak 250 meter,”katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Nik Mohd. Fahrizal, kejadian air sungai melimpah dipercayai akibat hujan berterusan di kawasan hulu pada pagi tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI