fbpx

Selangor penyumbang tertinggi kes HFMD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Selangor menjadi penyumbang kes tertinggi penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) berbanding negeri-negeri lain iaitu 26,799 kes bersamaan 27.9 peratus berdasarkan rekod 2022 sehingga Sabtu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya 10,739 kes (11.2 peratus) kemudian Perak 9,744 kes (10.2 peratus), Johor 6,326 kes (6.6 peratus) dan Kelantan 6,153 kes (6.4 peratus).

Beliau berkata, bagi negeri-negeri lain pula, pelaporan kes HFMD sekitar atau kurang daripada 5,500 kes.

Bagi tahun ini juga, katanya, sehingga hari terakhir minggu epidemiologi (ME) 23/2022 iaitu pada 11 Jun 2022, sejumlah 95,924 kes telah dilaporkan, iaitu peningkatan sebanyak 36 kali ganda bagi tempoh yang sama pada tahun 2021 (semasa pandemik Covid-19) iaitu 2,654 kes.

“Jika dibandingkan dengan kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2019 (sebelum pandemik Covid-19) iaitu sebanyak 30,880 kes, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 3.1 kali ganda.

“Bagaimanapun kes dilaporkan di seluruh negara bagi ME 23/2022 sahaja adalah 13,080, menurun sebanyak 22.9 peratus berbanding ME 22/2022 iaitu 16,954 kes di mana tren kes mingguan HFMD menunjukkan penurunan sejak ME 22/2022 selepas bilangan kes mencapai kemuncak tertinggi pada ME 21/2022,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, berdasarkan survelan jenis virus (enterovirus) penyebab HFMD di Malaysia, tiga virus utama yang menyebabkan penularan HFMD dalam komuniti pada tahun 2022, adalah Enterovirus 71 (EV71), Coksackie A6 (CA6) dan Coxsackie A16 (CA16).

Katanya, sehingga kini, terdapat tiga kes HFMD yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI