fbpx

Jenazah Allahyarham Arshad selamat dikebumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Toh Puan Zaleha (tengah) menyiram air keatas pusara suaminya, Arshad Ayub sewaktu pengkebumian jenazah arwah di Makam Diraja Shah Alam, Selangor pada hari ini.-Foto ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Jenazah tokoh pendidikan negara, Tun Dr. Arshad Ayub selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, di sini petang ini.

Terdahulu, jenazah disolatkan selepas solat zohor di Masjid Kolej Islam Malaya, Jalan Profesor Diraja Ungku Aziz, Petaling Jaya dekat sini.

Arshad,93, meninggal dunia di KPJ Damansara Specialist Hospital kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.

Allahyarham merupakan Pengarah Institut Teknologi MARA (ITM) yang pertama pada Oktober 1967 hingga Mac 1975 dan adalah nama yang cukup dikenali dalam sistem pendidikan dan ekonomi negara terutamanya kepada graduan Universiti Teknologi Mara.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ts. Dr Roziah Mohd Janor dalam kenyataannya menzahirkan rasa dukacita dan dan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian tersebut.

“Beliau merupakan seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada pendidikan negara.

“Salam takziah kepada isteri Allahyarham Toh Puan Zaleha Mohd. Arshad dan keluarga. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI