fbpx

Dron pantau pencuri musang king, duri hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHEE Keat (kanan) menunjukkan dron yang digunakan untuk memantau penyangak durian di dusunnya di Balik Pulau semalam.

BALIK PULAU – Pemilik dusun durian musang king dan Black Thorn di daerah ini terpaksa menggunakan dron yang dilengkapi dengan walkie-talkie dan alat pembesar suara bagi memantau lokasi panas kehadiran penyangak raja buah itu.

Ketika ini, musang king dijual antara RM55 hingga RM60 sekilogram, manakala duri hitam atau Orchee dipasarkan pada harga RM85 hingga RM90 sekilogram.

Tan Chee Keat, 30, berkata, sebanyak empat dron dengan kese­luruhannya berharga RM40,000 telah diterbangkan di dusun milik keluarganya itu sejak tahun 2018 bagi tujuan mencegah kes kecurian yang kebiasaannya berlaku ketika awal pagi.

Menurutnya, penggunaan kamera kawalan udara itu berupaya meningkatkan tahap kese­lamatan di dusun yang berke­luasan kira-kira 40 hektar itu.

“Bagaimanapun, pada tahun ini, kami mula menggunakan dron yang lengkap dengan wal­kie-talkie dan alat pembesar ­suara.

“Mereka (penjenayah) yang cuba menceroboh mungkin boleh terkejut apabila mende­ngar suara kami selain setiap gerak-geri mereka dirakam,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Durian duri hitam mempunyai isi manis, berlemak dan pahit.

Chee Keat memberitahu, berbanding tahun lalu, sebanyak tujuh kejadian curi buah musang king dan duri hitam dilaporkan berlaku.

Katanya, penjenayah sanggup naik ke atas bukit tinggi dengan kereta serta motosikal untuk mencuri buah durian.

“Sejak menggunakan set dron ini, belum ada lagi kes kecurian yang berlaku setakat ini, cuma adalah beberapa siri kejadian yang mencurigakan telah berlaku.

“Lokasi dusun saya juga dilengkapi dengan 17 alat sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di setiap laluan masuk,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Chee Keat memberitahu, durian musang king dan duri hitam masih kekal mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peminat raja buah itu.

Ujarnya, duri hitam dijangka luruh sepenuhnya secara berpe­ringkat seminggu lagi.

“Durian duri hitam masih tidak cukup untuk menampung permintaan pelanggan ketika ini. Ramai yang mencari durian itu sehingga sanggup menempah awal sebelum buah luruh ke ­tanah.

“Buah itu masih banyak terdapat di atas pokok dan saiznya juga masih kecil menyerupai sebiji bola,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI