fbpx

Sultan Johor berkenan terima menghadap Amy Search

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim (kanan) berkenan menerima kunjungan Amy Search serta rakan seperjuangan di Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima kunjungan hormat penyanyi rock tersohor negara, Amy Search.

Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman hadir bersama gitaris, Hillary Ang dan Man Kidal serta pemain bass, Nasir Daud.

Pada pertemuan bersama Sultan Johor, Amy turut mempersembahkan cenderahati berupa piring hitam album beliau, Gothik Malam Edan serta beberapa cenderamata lain daripada kumpulan Search.

Sebagai rekod, Amy berjaya mengadakan Konsert Search Endemik 2022 pada 4 dan 5 Jun lalu.

Konsert Endemik Search berlangsung selama dua malam di Zepp Kuala Lumpur selama lebih dua jam dengan dendangan 22 buah lagu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI