fbpx

Penarik kereta maut ditetak parang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat penarik kereta di lokasi kejadian

KLANG – Seorang penarik kereta maut apabila diserang dan ditetak menggunakan parang oleh sekumpulan lelaki di Jalan Serindit 9, Taman Eng Ann di sini hari ini.

Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 47 tahun maut di lokasi kejadian dengan kesan luka hampir keseluruhan badan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya terdahulu menerima maklumat kira-kira pukul 9.47 pagi memaklumkan terdapat pergaduhan di lokasi kejadian.

Katanya, polis yang kemudiannya tiba di tempat kejadian mendapati satu mayat dalam keadaan berlumuran darah di tempat kejadian.

“Siasatan mendapati mangsa dipercayai telah diserang dan ditetak dengan parang oleh beberapa lelaki.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat luka kecederaan di
bahagian badan,tangan kanan,tangan kiri dan kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk berhubung motif kejadian.

Justeru, Vijaya meminta orang ramai
yang mempunyai maklumat tampil di menyalurkannya ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN