fbpx

Mavcom umum lantikan semula, dua ahli baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA –  Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) mengalu-alukan keputusan pelantikan semula Datuk Seri Long See Wool sebagai ahli suruhanjaya serta pelantikan dua lagi ahli baharunya iaitu  Datuk Roger Tan Kor Mee dan Datuk  Wan Kamaruzaman  Wan Ahmad bagi tempoh tiga tahun.

Pengerusi Eksekutif Mavcom, Datuk Seri Saripuddin  Kasim berkata, melalui pelantikan tersebut pihaknya  akan terus memainkan peranan penting sebagai pengawal selia ekonomi bebas yang menjadikan industri
penerbangan awam di Malaysia berdaya maju daripada segi komersial serta responsif kepada keperluan rakyat.

“Kami percaya bahawa dengan pengetahuan dan pengalaman luas mereka dalam sektor swasta serta awam, pelantikan baharu ini menjadi aset yang besar  bagi suruhanjaya dan industri penerbangan,” katanya dalam kenyataan.

See Wool yang telah berkhidmat sebagai ahli suruhanjaya sejak tahun 2016 itu telah dilantik semula sebagai ahli dari 1 Mac 2022 hingga 28 Februari 2025

Di samping itu, pelantikan baharu Kor Mee dan Wan Kamaruzaman sebagai ahli berkuat kuasa dari 8 Jun
2022 hingga 7 Jun 2025. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI