fbpx

Konsep diyat ganti hukuman mati sedia ada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Junaidi (tengah) bercakap pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerajaan mungkin bakal memperkenalkan konsep diyat atau pembayaran pampasan ke atas banduan hukuman mati sedia ada termasuk untuk pesalah yang bukan Islam.

Ia antara idea diterima Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar jika hukuman mati mandatori dimansuhkan kelak.

“Cadangan ini saya dapat daripada pelbagai pihak tetapi saya belum lagi berbincang dengan pihak ilmuwan syariah atau mufti negeri dan ini memerlukan sesi libat urus bersama mereka.

“Mungkin dibuat menyeluruh atau kes tertentu sahaja kerana kita kena pertimbang banyak isu termasuk keadilan untuk keluarga mangsa,” katanya pada sidang akhbar khas di sini hari ini.

Jumaat lalu, beliau menerusi kenyataan akhbar memaklumkan bahawa Kabinet pada 8 Jun lalu memutuskan pemansuhan hukuman secara mandatori itu yang melibatkan 11 kesalahan.

Ia meliputi sembilan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan dua kesalahan mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dengan pihak hakim bakal diberikan kuasa budi bicara.

Sebelum itu, hukuman mati mandatori di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 telah dipinda pada 2018 lalu yang membolehkan budi bicara digantikan dengan hukuman lain.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi menjelaskan bahawa rekod terkini menunjukkan hanya tinggal 1,342 banduan akhir namun moratorium masih dikekalkan sehingga dimuktamadkan nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI