fbpx

Kaum lelaki lebih banyak cemari alam sekitar berbanding wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki menunggang motosikal di sebatang jalan raya dalam keadaan berjerebu di New Delhi pada 2 Disember 2021. – AFP

NEW DELHI – Satu kajian mendapati bahawa golongan lelaki lebih banyak menyumbang kepada pencemaran udara berbanding wanita, lapor laman berita Wion News semalam.

Kajian  oleh Institut Sains India (IISc) itu mendedahkan bahawa lelaki lebih cenderung untuk menggunakan kenderaan sendiri berbanding wanita apabila pendapatan mereka meningkat.

Penyelidik turut mendapati bahawa kaum Adam menyumbang kepada lebih banyak pelepasan asap  disebabkan bilangan perjalanan kereta yang lebih banyak.

Sumbangan mitigasi mereka bagaimanapun adalah lebih rendah berbanding wanita.

“Senario ini lebih kerap berlaku dalam kumpulan lelaki berpendapatan tinggi,” kata kumpulan penyelidik seperti yang dilaporkan akhbar New Indian Express.

Kajian sama turut mendapati wanita daripada  kumpulan berpendapatan tinggi lebih cenderung memilih kereta api bawah tanah sebagai pengangkutan utama mereka sekiranya perkhidmatan yang ditawarkan adalah memuaskan dan boleh diharapkan.

Bagi golongan berpendapatan rendah pula, mereka lebih gemar menggunakan bas sebagai pengangkutan awam disebabkan aspek kos, demikian menurut kajian tersebut.

Wanita juga lebih banyak berjalan kaki disebabkan ketersambungan jaringan pengangkutan awam tidak dihubungkan dengan baik.

Justeru, untuk menaiki pengangkutan awam, golongan wanita lebih memilih untuk berjalan kaki terlebih dahulu. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI