fbpx

EU beri jawapan berhubung keanggotaan Ukraine minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZELENSKYY bersama Von der Leyen ketika sidang akhbar selepas bertemu di Kiev kelmarin. - AFP

KIEV – Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU), Ursula Von der Leyen dalam lawatan mengejut ke Kiev kelmarin menjanjikan jawapan kepada hasrat Ukraine untuk memohon keahlian EU pada minggu depan, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

“Kami mahu menyokong Ukraine dalam perjalanan menyertai EU.

“Perbincangan pada hari ini membolehkan kami memuktamadkan penilaian pada akhir minggu depan,” kata beliau pada sidang akhbar selepas pertemuan dengan Presiden Volodymyr Zelenskyy.

Tambah Von der Leyen, pihak berkuasa Ukraine telah banyak menjalankan usaha berhubung pencalonan negara itu ke dalam pakatan EU.

Beliau berkata, Kiev sudah pun berada di ‘landasan yang baik’ sebelum pencerobohan oleh Russia dimulakan.

Tambah beliau, tumpuan utama ketika ini adalah untuk mengatasi perang, dengan lebih banyak pembaharuan diperlukan terutamanya dalam memerangi rasuah dan menggalakkan pelaburan.

Dalam pada itu, Von der Leyen turut dijadualkan bertemu dengan Perdana Menteri Ukraine, Denys Chmygal pada lawatan keduanya itu ke Kiev. Kali pertama beliau melawat negara itu adalah pada 8 April lalu.

Sementara itu, selain Ukraine, para pemimpin EU dijangka membuat keputusan pada bulan ini berkenaan sama ada untuk meluluskan permohonan dari Moldova dan Georgia sebagai ahli blok itu, demikian menurut Badan Penyiaran British (BBC).

Seorang ahli Parlimen Eropah berkata, prospek bagi Ukraine dan Moldova dilihat positif, namun Georgia menghadapi sedikit ‘masalah’ ketika resolusi dibahaskan di Parlimen Khamis lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI