fbpx

Bradley Cooper, Matt Bomer saling berciuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRADLEY Cooper (kiri) dan Matt Bomer.

PELAKON Bradley Cooper sejak akhir-akhir ini menarik perhatian peminat mengenai filem terbaharunya berjudul Maestro.

Pelakon itu memancing perhatian peminat selepas tersebar foto tidak senonoh menunjukkan dia sedang berciuman dengan rakan pelakon yang turut membintangi filem tersebut iaitu Matt Bomer.

Difahamkan, foto berkenaan dirakam seorang jurugambar di lokasi penggambaran filem yang dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan tersebut.

Dalam foto tersebut, kelihatan Bomer mengenakan pakaian berwarna kelabu, manakala Cooper memakai baju berwarna coklat.

Foto ciuman antara kedua-dua aktor itu menimbulkan tanda tanya peminat tentang hubungan sebenar antara mereka. Bagaimanapun sehingga kini baik Cooper mahupun Bomer belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung gambar kontroversi tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI