fbpx

Tiada aduan bekalan telur ayam kurang di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang tidak pernah menerima aduan daripada peniaga atau pengguna berhubung krisis kekurangan telur ayam di pasaran sejak Januari lalu hingga ke hari ini.

Timbalan Pengarahnya, A. Mogan berkata, ketika ini, pemantauan secara harian atau berkala masih dijalankan oleh pegawai penguatkuasa serta pegawai pemantau harga yang berkenaan.

A. Mogan

Katanya, ini bagi mendapatkan maklumat lanjut daripada pembekal, pemborong, peruncit pasar raya serta peniaga pasar awam mengenai krisis telur dan isu berkaitan harga.

“Penternak dan pemborong kebanyakan memaklumkan bahawa stok dan bekalan telur adalah stabil di sekitar Pulau Pinang ketika ini.

“Jadi, tidak dapat dinafikan berikutan cuti sekolah, kemungkinan permintaan itu (telur) menjadi agak tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, sepanjang tempoh penguatkuasaan penetapan harga maksimun borong dan runcit untuk telur yang bermula 6 Jun lalu, harga borong dan runcit yang ditetapkan untuk telur Gred A ialah RM0.41 dan RM0.43.

Katanya, harga borong dan runcit untuk telur ayam Gred B pula ialah RM0.39 dan RM0.41 manakala Gred C, harga borong dan harga runcit yang ditetapkan ialah masing-masing sebanyak RM0.37 dan RM0.39.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI