fbpx
Petugas stadium berusaha menolak air menggunakan penyodok sampah serta getah paip di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Stadium Bukit Jalil guna penyodok sampah tolak air, jadi bahan perli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Tindakan petugas Stadium Nasional Bukit Jalil menolak air bertakung menggunakan penyodok sampah malam tadi menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

Petugas stadium berkenaan berbuat demikian sebelum aksi kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bahrain bermula malam tadi.

Tinjauan di media sosial mendapati, rata-rata berpendapat tindakan itu boleh menyebabkan rumput di padang tersebut akan rosak.

Beberapa video memaparkan petugas-petugas sedang mengaut air yang bertakung di tengah-tengah padang itu kini turut di beberapa platform media sosial.

Selain itu, menjengah di ruangan komen, rata-ratanya menyuarakan pendapat agar struktur stadium berkenaan ditambah baik selain ada yang menyifatkan keadaan di stadium malam tadi memalukan.

“Dengan duit tiket yang banyak diperolehi harap dapat ubah struktur padang menjadi lebih baik,” kata Hyazbil.

“Malu dengan penonton dari luar negara tengok padang macam ini. Tapi nak buat macam mana, benda dah tular. Bukan tak ada jual alat khas untuk tolak air di padang, boleh rosak kalau tarik dengan penyodok macam itu” kata Saiful.

“Harap Kementerian Belia dan Sukan ambil berat mutu stadium Bukit Jalil, boleh rosak rumput kalau kaut dengan penyodok setiap kali air hujan bertakung” kata Zakariah.

Terdahulu, hujan lebat yang turun selama sejam pada malam tadi menyaksikan permukaan padang bertakung dan memerlukan masa untuk menunggu air surut. – KOSMO! ONLINE

POPULAR