fbpx

Lari tinggal cecair vape seludup di pangkalan haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hakemal (kanan) menunjukkan sebahagian cecair vape yang ditinggalkan penyeludup di Pangkalan Haram Pok Leh, Tumpat semalam. - FOTO: ZULHANIFA SIDEK

RANTAU PANJANG – Dua penyeludup lari meninggalkan sebanyak 8,800 unit cecair vape selepas kegiatan mereka dikesan anggota Batalion 8, Pasukan Gerakan Am (PGA) semasa menjalankan operasi di Pangkalan Haram Pok Leh, Kampung Tualang dekat Tumpat semalam.

Anggota PGA menjalankan serbuan kira-kira pukul 3.30 petang selepas melihat dia orang lelaki sedang memunggah kotak dari tebing Sungai Golok ke dalam perahu galah.

Timbalan Komander Briged Tenggara PGA, Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, menyedari kehadiran anggota PGA, kedua-dua lelaki itu terus menaiki perahu sebelum melarikan diri ke Thailand.

Menurutnya, siasatan di kawasan itu telah menjumpai sebanyak 8,800 unit cecair vape pelbagai perisa yang dianggarkan bernilai RM220,000.

“Kesemua rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967,” katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal PGA di Lubok Stol di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI