fbpx

Bekas Yang Dipertua Dewan Negara meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen

PETALING JAYA – Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Normah, Kuching, Sarawak kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 89 tahun.

Jenazah akan diuruskan di kediaman beliau di Jalan Muda Hashim, Petra Jaya dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Bahagian Kuching hari ini.

Allahyarham yang dilahirkan di Kuching pada 26 Jun 1933 pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Dewan Negara dari 12 Julai 1988 hingga 9 Julai 1990.

Sebelum itu, beliau pernah menjawat Timbalan Yang dipertua Dewan Negara bemula 29 Julai 1985 hingga 10 Julai 1988. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI