fbpx

Pasar Keramat tidak lagi selamat, berisiko untuk peniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari (kanan) ketika turun padang melawat Pasar Keramat yang terbakar hari ini.

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang juga bekas Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyifatkan keadaan Pasar Keramat tidak lagi selamat dari segi kemudahan infrastruktur dan pendawaian.

Beliau yang juga bekas Menteri Kewangan II berkata, keadaan itu sekali gus boleh mendatangkan risiko kepada peniaga di pasar yang telah terbakar sebanyak dua kali itu iaitu pada Mac tahun lalu dan hari ini.

“Dalam tempoh itu dipercayai tiada sebarang penambahbaikan dilakukan pemilik tanah, jadi keadaannya sangat berisiko kepada peniaga.

“Difahamkan tanah ini masih milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan ada perjanjian dengan pemaju, tetapi (pembayaran pembelian tanah tapak pasar terbabit) mungkin belum dilunaskan menyebabkan ia sudah tertangguh kira-kira lima tahun.

“Saya kurang pasti apa yang berlaku, selebihnya kena rujuk dengan DBKL siapa yang sepatutnya bertanggungjawab dalam (menyelesaikan) perkara ini,” katanya kepada pemberita ketika turun padang melawat Pasar Keramat di sini hari ini.

Terdahulu, Pasar Keramat yang terletak di Kampung Datuk Keramat di sini terbakar lagi buat kali kedua awal pagi tadi.

Difahamkan, kejadian sama pernah berlaku di premis perniagaan tersebut pada 17 Mac 2021 melibatkan lebih 40 lot kedai.

Johari berkata, pihak berkaitan perlu mencari jalan menyelesaikan isu yang timbul termasuk mencari pemaju lain sekiranya pemaju sedia ada tidak mampu untuk membuat pembayaran pembelian tanah tapak pasar berkenaan – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI