fbpx
Gambar hiasan.

Tiada akta khas bagi mangsa jenayah seksual lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiada akta khas yang diperuntukkan khususnya bagi mangsa lelaki yang mengalami gangguan atau jenayah seksual oleh wanita.

Pengamal undang-undang, Ridha Abdah Subri berkata, kebanyakan kesalahan membabitkan jenayah seksual di Malaysia hanya ditakrifkan terhadap wa­nita.

“Bagi kes rogol melibatkan mangsa wanita, kes akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang ditakrifkan secara khusus terhadap golongan itu.

“Sementara itu, kesalahan gangguan seksual lain pula akan disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat mencabul kehormatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Ridha Abdah memberitahu, bagaimanapun, kekangan terbabit tidak menghalang pertuduhan atau hukuman terhadap penjenayah yang melakukan ke­salahan tersebut terhadap mang­sa lelaki.

“Apabila berlaku kesalahan seksual terhadap lelaki, ini tidak bermaksud si pelaku tidak boleh dituduh.

“Jika seseorang lelaki itu diganggu secara seksual dan wujud kekerasan sehingga menyebabkan kecederaan, kesalahan yang menyebabkan perkara itu boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Jelasnya, pendakwa raya boleh menuduh suspek atas kesa­lahan lain di bawah Seksyen 509 serta 323 Kanun Keseksaan iaitu apa-apa perbuatan dengan niat untuk menyebabkan cedera kepada seseorang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN