fbpx

Kim Dong-hyun berpeluk? Agensi beri jawapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM DONG-HYUN

TULAR dalam media sosial foto didakwa milik anggota kumpulan AB6IX iaitu Kim Dong-hyun dikatakan memeluk kekasihnya.

Memetik laporan Allkpop seperti yang dikatakan netizen, penyanyi itu sebelumnya dikatakan naik ke sebuah bangunan rumah bersama individu yang dikatakan teman wanitanya.

Tampil menjelaskan keadaan sebenarnya, agensi yang mewakili kumpulan tersebut menyatakan, wanita berkenaan adalah teman lama kepada Dong-hyun.

“Wanita tersebut adalah rakan dari kampung halamannya. Mereka berjumpa selepas Dong-hyun makan malam bersama anggota kumpulan lain.

“Dong-hyun mengambil teksi pulang ke rumah selepas mereka berjumpa.

“Mereka tidak bercinta. Wanita itu hanyalah daripada kumpulan rakan Dong-hyun,” kata kenyataan tersebut.

Dalam perkembangan lain, AB6IX akan memulakan jelajah dunia bagi kerja-kerja promosi mereka pada Julai nanti di Jepun dan beberapa bandar di Amerika Syarikat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI