fbpx

Polis Marin rampas arak tidak bercukai RM118,691

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian arak yang disyaki tanpa cukai kastam dirampas dalam dua serbuan berasingan menerusi Op Kontraban di Taman Nagasari, Perai, semalam.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 554 liter minuman keras disyaki tidak mempunyai cukai kastam bernilai RM118,691 dirampas oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Pulau Pinang dalam dua serbuan berasingan di Butterworth, semalam.

Komander PPM Wilayah Satu Pulau Pinang, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, serbuan menerusi Op Kontraban itu dijalankan hasil maklumat awam di Taman Nagasari, Perai di sini kira-kira pukul 11 pagi.

“Dalam serbuan tersebut, dua warga asing berumur dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun turut ditahan.

“Tangkapan dan rampasan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, kes tersebut akan disiasat dibawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976.

Pada masa sama, ujar beliau, pihaknya menyeru orang ramai untuk menyalurkan semua maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan rokok, dadah, pendatang asing tanpa izin (PATI) dan lain-lain melalui talian 04-6558222. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI