fbpx

Tidak tahu pekerja perlu mencarum Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuad (dua dari kanan) sedang memeriksa premis ketika menjalankan operasi di sekitar Senawang, Seremban hari ini.

SEREMBAN – Alasan tidak tahu sering digunakan majikan dikalangan peniaga yang tidak mencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada pekerja dalam Operasi Pengesanan Majikan dan Orang Bekerja Sendiri (Ops Kesan) di sekitar Senawang di sini hari ini.

Menurut Pengarah Perkeso Negeri Sembilan, Fuad Alias, setiap majikan yang menggaji sekurang-kurangnya seorang pekerja wajib mendaftar dengan Perkeso dalam masa 30 hari daripada tarikh pekerja tersebut diambil bekerja.

“Kegagalan majikan untuk mendaftar di bawah kedua-dua akta ini atau individu yang terlibat dalam sektor di atas boleh dijatuhi hukuman denda sehingga RM10,000.00 atau penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya sekiranya sabit kesalahan di mahkamah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, sebelum Ops Kesan ini dilaksanakan Perkeso telah pun memberikan tempoh pemutihan sepanjang bulan Mei 2022 dengan membuka peluang kepada semua majikan yang layak tetapi masih belum berdaftar supaya berbuat demikian secara sukarela sebelum 1 Jun 2022.

“Majikan yang mendaftar sebelum tarikh tersebut tidak akan dikenakan tindakan pengkompaunan dan pendakwaan walaupun telah melebihi tempoh yang ditetapkan serta akan dikecualikan daripada Faedah Caruman Lewat Bayar yang bakal dikenakan (tertakluk kepada syarat-syarat pengecualian yang ditetapkan).

“Sepanjang tempoh pemutihan mulai 1 hingga 31 Mei 2022 sejumlah 224 majikan baharu telah tampil mendaftar,” tambahnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI