fbpx

Soh Wai Ching kembali ke status No. 1 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAI CHING berjaya mencatat masa hampir empat minit lebih pantas berbanding pencabarnya di tempat kedua ketika saingan Tunnel to Towers Climb NYC pada Sabtu lalu.

BIARPUN terpaksa berdepan pelbagai kesukaran termasuk masalah kesihatan, namun ia sama sekali tidak menghalang jaguh lari menara negara, Soh Wai Ching yang kembali mengesahkan statusnya sebagai No.1 dunia.

Kejayaan itu hadir selepas Wai Ching mengungguli kategori keseluruhan saingan Tunnel to Towers Climb NYC di New York, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu lalu dengan mendaki 2,226 anak tangga dan 104 tingkat bangunan One World Trade Center.

Menariknya, atlet berusia 27 tahun itu hanya mengambil masa selama 12 minit 46 saat untuk menewaskan pencabarnya di tangga kedua dari AS, Shari Klarfeld (15:53s) yang muncul juara keseluruhan bagi kategori wanita.

“Persiapan saya dua minggu lalu selepas tamat Kejohanan Lari Menara Eropah tidak begitu bagus kerana saya jatuh sakit. Saya alami selesema serius dan sakit tekak dalam satu masa.

“Saya tidak dapat lakukan banyak latihan seperti dirancang. Saya berjaya menang, tetapi masih tidak gembira dengan catatan masa kerana ia bukanlah yang terbaik.

“Namun, ini adalah kali pertama saya di sini. Sekurang-kurangnya saya sudah memahami tangga di sini dan saya percaya tahun depan (prestasi) akan lebih bagus,” kata Wai ­Ching.

Tempat ketiga kategori ke­seluruhan dimenangi seorang lagi pelari wanita, Maria Elisa Lopez Pimentel dari Mexico dengan catatan masa 16:02s.

Kejayaan itu pastinya membakar semangat Wai Ching untuk mengekalkan larian konsisten dengan menjuarai perlumbaan seterusnya iaitu Fight For Air Climb NYC di Penn 1 Plaza, New York pada 11 Jun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI