fbpx

China rancang cari planet baharu ganti Bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
China mahu mencari sebuah planet lain untuk dihuni manusia bagi menggantikan Bumi.

AKADEMI Sains China (CAS) dikatakan sedang merancang mencari planet baharu bagi menggantikan Bumi untuk dihuni manusia.

Pencarian planet itu telah dilakukan dengan menggunakan teleskop angkasa lepas berkonsep penyelidikan yang disebut sebagai Closeby Habitable Exoplanet Survey (CHES).

Balai cerap akan mencari planet seperti Bumi dalam zon boleh huni (HZs) kira-kira 33 tahun cahaya dengan menggunakan kaedah dikenali sebagai astrometri relatif mikro arka-saat.

Astrometri mengambil ukuran tepat mengenai kedudukan dan gerakan yang tepat dari segi posisi objek-objek di angkasa dan bandingkannya dengan bintang-bintang.

Jika misi itu berjaya, China akan menjadi negara pertama yang mencari planet seperti Bumi yang boleh dihuni selain daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Bagi setiap bintang yang diperhatikannya, CHES akan mengukur gangguan dinamik yang kecil disebabkan exoplanet yang mengorbit sekali gus memberikan anggaran yang tepat tentang jisim dan tempoh orbitnya.

“Astrometri relatif untuk CHES boleh mengukur dengan tepat pemisahan sudut mikro arka-saat antara bintang-bintang sasaran tunggal selain enam hingga lapan bintang rujukan.

“Berdasarkan ukuran kecil ini, kami dapat mengesan sama ada terdapat planet berdaratan di sekitarnya,” ulas Ji Jianghui iaitu profesor di Universiti Sains dan Teknologi Nanjing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN