fbpx

Angin ahmar ‘ragut’ nikmat bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamsiah sentiasa berada di sisi Shahrudin untuk menguruskan aktiviti harian suaminya di rumah mereka di Taman Selesa Jaya, Kampung Parit Patah, Pontian.

PONTIAN – Tiada siapa me­nyangka kehidupan seorang pekerja sebuah institut memandu di Kampung Parit Se­merah di sini, akan berubah sekelip mata selepas lelaki ber­kenaan diserang penyakit angin ahmar atau strok.

Shahrudin Mustafa, 55, mula mengalami sakit angin ahmar pada 11 April lalu yang menyebabkan tubuh di bahagian kirinya tidak mampu bergerak.

Menurut isterinya, Kamsiah Khalil, 56, mereka sekeluarga reda dengan ketentuan Allah apabila suaminya kini tidak mampu untuk meneruskan kehidupan harian seperti biasa termasuk mencari rezeki sebagai tenaga pengajar di sekolah memandu.

Katanya, serangan angin ahmar kali kedua pada 11 Mei baru-baru ini menyebabkan bahagian kanan tubuh suaminya langsung tidak boleh bergerak, selain sukar untuk bercakap.

“Selepas meninggalkan kerjaya sebagai pemandu lori, suami bertugas sebagai tenaga pengajar di sebuah sekolah memandu di Kampung Parit Semerah dengan pendapatan kira-kira RM2,000 sebulan.

“Bekerja sebagai pemandu lori dengan mengangkut kelapa sawit dan makanan ayam menyebabkan suami kurang masa bersama keluarga pada waktu siang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Selesa Jaya, Kampung Parit Patah di sini, baru-baru ini.

Tambah Kamsiah, sebelum mengalami sakit angin ahmar, kesihatan suaminya memang tidak stabil apabila kerap mengalami sakit pinggang.

“Walaupun kesihatannya merosot ketika itu, dia masih menjalankan tugas-tugas seharian selain aktif dengan pertubuhan politik yang disertainya,” katanya.

Menurut Kamsiah, mereka mempunyai empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan berusia 21 hingga 28 tahun dengan dua daripadanya bekerja di sektor awam dan seorang lagi di sektor swasta.

Katanya, rumah yang didiami ketika ini dibeli pada harga RM90,000 dengan bayaran bulanan sebanyak RM600 melalui pinjaman institusi kewangan selain pengeluaran daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Tambah Kamsiah, suaminya kini hanya mampu makan makanan bubur menggunakan alat picagari selain perlu memakai lampin pakai buang memandang­kan dia tidak mampu lagi untuk bergerak.

“Kami sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada Pertubuhan Kebajikan Sosial (Perkeso) memandangkan suami telah kehilangan pendapatan dan tidak lagi mempunyai per­kerjaan ketika ini,” jelas Kamsiah.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Kamsiah di talian 017-7104908.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI