fbpx

Isteri orang dicekup berkhalwat dengan duda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita ditahan selepas didapati berkhalwat dengan duda di sebuah hotel bajet di Kota Bharu semalam. FOTO IHSAN JAHEAIK

KOTA BHARU – Seorang wanita yang masih berstatus isteri orang ditahan selepas disyaki berkhalwat dengan seorang warga emas bergelar duda di sebuah hotel bajet di sini semalam.

Wanita yang berusia 56 tahun dan duda 65 tahun itu ditahan oleh anggota Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah (BPUS) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) pada pukul 11.30 malam.

Ketua Penolong Pengarah BPUS Jaheaik, Mohd. Fadzuli Mohd. Zain berkata, pasangan itu berasal dari Selangor dan mereka bersama-sama menaiki bas ke Kota Bharu.

Menurutnya, duda tersebut dipercayai datang ke sini untuk membeli emas di sini manakala wanita itu pula mendakwa dia mahu menghadiri kelas senam aerobik di Terengganu selepas berada di Kelantan.

“Kita telah menahan mereka selepas didapati berdua-duaan di dalam sebuah bilik di hotel terbabit.

“Kedua-dua mereka ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dilepaskan dengan bon jamin dan diminta hadir ke Mahkamah Syariah mengikut tarikh yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI