fbpx

Hujan lebat, ribut petir landa Johor dan Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang berpotensi melanda beberapa daerah di Johor dan Sarawak sehingga pukul 12 tengah hari nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan antara kawasan yang terlibat di Johor adalah Muar, Batu Pahat dan Pontian.

Selain itu, cuaca buruk yang sama dilaporkan tertumpu di sekitar Limbang (Limbang), Sarawak pada pagi ini.

Sehubungan itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir bagi kawasan terlibat sepanjang tempoh yang sama.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya menerusi laporan di laman Facebook sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI