fbpx

1,330 kes Covid-19, tiada jangkitan di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 merekodkan 1,330 kes semalam termasuk empat kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 4,516,319 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 1,881 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,458,999 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (612 kes), Kuala Lumpur (266 kes), Pulau Pinang (92 kes), Sabah (63 kes), Perak (58 kes) dan Negeri Sembilan (54 kes).

“Seterusnya Kedah (49 kes), Johor (43 kes), Melaka (30 kes), Kelantan (18 kes), Putrajaya (16 kes), Sarawak (16 kes), Pahang (sembilan kes), Terengganu (tiga kes), Labuan (satu kes) dan tiada jangkitan baharu di Perlis,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, dua kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,690 kes serta satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID 7,563 kes.

Sebanyak 21,630 kes aktif dilaporkan melibatkan 20,659 kes dikuarantin di rumah, 25 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 924 kes di hospital, 11 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 11 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI