fbpx

Yazmin Aziz sedih foto berbikini jadi laporan media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi Yazmin Aziz kesal dengan penulisan media tempatan yang lebih berminat menjadikan tindakannya berbikini sebagai laporan berita.

Jelas Yasmin, pendekatan tersebut jauh berbeza dengan media luar negara menyiarkan kejayaannya membuat persembahan sebuah acara bertaraf antarabangsa.

Menerusi ciapan dalam Twitter, penyanyi berdarah kacukan Melayu dan Filipina itu terkilan dengan laporan media tentang aksinya berbikini ketika di Sabah.

“Kesedihan sebenar. Media Malaysia mengkritik tentang apa yang saya pakai (bikini) ketika di Sabah.

” Sedangkan pada masa sama beberapa media asing berkongsi video tentang kejayaan saya mengadakan persembahan di Minggu Fesyen Monte Carlo di Monaco,” tulisnya dalam Twitter.

Luahan hati bekas peserta program Big Stage musim kelapan itu sekali gus memancing perhatian peminatnya apabila rata-rata memberi semangat kepada Yazmin untuk tidak menghiraukan laporan tersebut dan fokus pada kerjaya nyanyiannya.

“Mereka (media tempatan) lebih sukakan kontroversi berbanding pencapaian awak. Sangat biasa,” kata seorang peminatnya.

“Abaikan. Jadi diri sendiri dan berbanggalah dengan bakat yang ada untuk ditunjukkan di seluruh dunia,” kata seorang lagi peminatnya.

“Jangan biarkan mereka (media) mengawal awak,” sokong seorang peminatnya.

Terdahulu, Yazmin ditegur kerana memuat naik foto penampilan berani mati memakai bikini dalam Instagram miliknya.

Tindakannya berkongsi foto tersebut dalam media sosial turut mendapat teguran daripada netizen agar dia menyimpan sahaja foto tersebut dan tidak perlu dikongsi kepada umum.

“Orang dah ramai kenal, berpakaian biarlah ikut cara di Malaysia bukan Hawaii,” tegur netizen.

“Kawan baik, sangat seksi. Jangan begini ya, jaga aurat,” komen seorang lagi netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI