fbpx

Suami maut, isteri parah motosikal berkuasa tinggi langgar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal berkuasa tinggi yang terbabit dalam kemalangan maut di KM 16 Jalan Gula Bagan Serai hari ini.

BAGAN SERAI – Seorang lelaki maut, manakala isteri parah selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang mereka terlibat dalam nahas melibatkan sebuah lori di KM16 Jalan Gula berhadapan Kampung Lian Seng di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kerian,Superintendan Mazuki Mat berkata, penunggang yang maut dikenali sebagai S. Muraly, 55, manakala isterinya, M.Lechmy, 53 parah pada anggota badan.

Katanya, kedua-dua mangsa yang beralamat di Jalan Maharaja Lela, Teluk Intan dikatakan menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Z800 dan dalam perjalanan menghala ke Kuala Gula.

“Sampai ditempat kejadian, motosikal yang ditunggangi pasangan suami isteri itu hilang kawalan sebelum melanggar bahagian tepi sebelah kanan sebuah lori tiga tan jenis Daihatsu Delta yang sedang membelok ke simpang sebelah kanan.

“Impak kemalangan itu menyebabkan mangsa wanita patah tangan manakala mangsa lelaki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mazuki, mayat mangsa dibawa ke bahagian forensik Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat, manakala isterinya dihantar ke Hospital Taiping untuk tujuan rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI