fbpx

‘Laluan Mekah’ lancarkan perjalanan jemaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jemaah haji dari Indonesia berjalan di balai perlepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya, kelmarin. - AFP

JEDDAH – Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi melancarkan inisiatif Laluan Mekah atau Makkah Route keempat yang bertujuan bagi melancarkan perjalanan jemaah haji serta menyediakan perkhidmatan dengan kualiti terbaik, lapor akhbar Arab News kelmarin.

Usaha itu turut bermatlamat untuk memastikan semua keperluan kesihatan para jemaah dipenuhi di negara-negara terlibat sebelum visa dikeluarkan.

Negara-negara terlibat adalah Pakistan, Malaysia, Indonesia, Maghribi dan Bangladesh.

Inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada Program Perkhidmatan Tetamu Allah, yang dirasmikan oleh Raja Salman pada 2019.

Antara perkhidmatan yang disediakan di bawah program Laluan Mekah termasuk pengeluaran visa, pematuhan keperluan kesihatan dan membuat susun atur bagasi di lapangan terbang negara-negara yang mengambil bahagian.

Ini bermaksud jemaah boleh memintas prosedur-prosedur kebiasaan sejurus tiba di lapangan terbang di Jeddah, di mana mereka boleh terus menaiki bas dan bertolak ke kemudahan penginapan di Mekah dan Madinah.

Bagasi mereka kemudiannya akan diserahkan dan dihantar terus ke kemudahan penginapan masing-masing. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI