fbpx

Rambut gaya ‘mangkuk’ Nabila Huda dipuji cantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA HUDA

SIAPA yang tidak kenal dengan pelakon dan pengacara serba boleh, satu-satunya, Nabila Huda.

Nabila atau Abil pun lebih kurang sama dengan penyanyi Aina Abdul, kerap tampil dengan imej pelik dan lain daripada yang lain.

Tetapi yang bagusnya, walaupun gaya yang dibawakan pelakon itu agak pelik, namun Abil tetap kelihatan cantik sehingga mendapat pujian oleh peminatnya.

Seperti gaya potongan rambut ala ‘mangkuk’ yang dibuatnya baru-baru ini. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram, Abil sekali lagi memotong pendek bahagian depan rambutnya.

Potongan rambut sebegitu jika tidak kena pada orangnya, akan kelihatan pelik dan kelakar, tetapi apabila Abil gayakan, terus nampak ‘wow’ pada mata semua orang.

Mungkin kerana statusnya yang bergelar artis? Perkongsian Abil mendapat pujian daripada peminatnya yang menyukai gaya tersebut.

“Abil kalau buat gaya pelik pun nampak cantik gila!” kata seorang peminatnya.

“Buatlah macam mana pun, tetap kelihatan cantik dan bergaya,” ujar seorang lagi pengguna Instagram.

DIVA: Tidak sabar nak menonton filem aksi terbaharu tempatan berjudul Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang pastinya mendebarkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI