fbpx

Lelaki OKU maut rempuh MPV rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa yang maut selepas merempuh sebuah MPV di lorong kecemasan kerana rosak di KM 85.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 85.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa, Muhammad Faizol Azahar, 23, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Mangsa yang tinggal di Kampung Banggol Lalang, Gurun dekat sini itu memiliki kad OKU di bawah kategori ketidakupayaan penglihatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan melibatkan motosikal jenis Honda Wave ditunggangi mangsa dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Stream.

Katanya, MPV tersebut dinaiki tiga lelaki berusia antara 42 hingga 45 tahun dan kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa yang bergerak di lorong kecemasan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang MPV.

“MPV itu berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan iaitu radiator bocor,”  katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI